welcome

perjalanan hidupku

Tanggal 9 januari 1990 merupakan tarikh bersejarah aku dilahirkan si Setiu Terengganu.Aku dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang aman dan bahagia.Setelah 6 tahun berada di rumah, aku melangkah setapak ke alam pembelajaran walaupun hanya di tadika. Tapi di sinilah bermulanya langkah pertamaku untuk menuju ke gerbang kejayaan. Setelah tamat belajar disini, dan walaupun pada hari tadika ku ‘grad’ aku tidak hadir untuk mengambil sijil kerana pulang ke kampung kerana ada saudaraku meninggal pada hari tersebut, namun  perjalananku  tidak hanya tamat di sini sahaja, aku dapat melanjutkan pelajaran ke tahap sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat, dari darjah satu hingga darjah 6. Setelah tamat darjah enam, aku bersekolah menengah di MRSM Batu Pahat, Johor. Dengan hati yang berat aku melangkah ke sekolah yang sangat jauh dari rumahku buar pertama kalinya.
Setelah tamat PMR, oleh kerana rindu yang sangat mendalam pada kampung halaman dan negeri tanah tumpah darahku, aku memohon berpindah ke sekolah yang lebih dekat, dan Alhamdulillah, aku bertukar ke MRSM K.Terengganu semasa tingkatan 4. Setelah keputusan SPM keluar, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang yang terletak di Gambang, satu tempat yang amat tenang dan damai. Kehidupan ku disini sangat ceria dan bahagia. Setahun belajar di matrik, aku menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, dimana disinilah tempat untuk aku menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan pengalaman untuk aku bawa semasa menjadi guru di kemudian hari kerana sudah lama aku bercita-cita untuk menjadi pendidik anak bangsa yang akan sentiasa berbakti pada rakyat dan menjulang prinsip-prinsip rukun Negara. Insya allah, perjalanan ku tidak akan terhenti di sini sahaja, selagi hayat dikandung badan, akan ku cari dan mendalami sebanyak mana ilmu di dalam dunia ini.

1 comment: