welcome

makan oh makan....

BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN SEHARIAN KITA
Bayangkan, beberapa hari yang lepas anda sedang menikmati satu hidangan yang enak di sebuah restoran. seperti fajar dan siam. Sejak dari hari itu, teringin pula untuk menikmati menu yang sama (nasi goereng daging kunyit)  setiap hari. Entah kenapa, seakan ada sesuatu yang membuat tiba-tiba ketagihan tersebut. 
Sebenarnya tanpa kita disedari, bahan-bahan yang kita makan sebenarnya mengandungi unsure  yang boleh menyebabkan ketagihan (bukan macam penagih dadah). Kebanyankannya adalah makanan kegemaran kita itu mengandungi bahan perisa tambahan yang membuat kita ketagihan.
Tentu sahaja hal ini berbahaya kerana boleh membuatkan nafsu makan kita tidak terkawal macam biasa, seterusnya tidak dapat mengawal kenaikan berat badan. Ikuti beberapa jenis bahan-bahan yang sering ditambahkan ke dalam makanan kita yang boleh membuatkan kita ketagihan makanan tersebut.  Ada empat:
  • Sodium Nitrit.
Bahan kimia ini berfungsi untuk mengawet, member warna dan memberi rasa pada makanan olahan terutamanya daging dan ikan salai. Ia bukan hanya boleh membuatkan seseorang itu ketagihan tetapi juga boleh meningkatkan risiko kanser. Jadi, sebaik-baiknya kurangi pengambilan daging olahan. (daging yang diproses, dicampur dengan bla,bla)
  • BHA dan BHT
Butylated hydroxyanisole (BHA) dan Butylated hydroxyanise (BHA) dan Butylated hydrozyttoluene (BHT) adalah antisidan untuk mencegah makanan yang diletakkan di dalam kemasan daripada berbau tengik dan berminyak. Bahan kimia ini sering didapati pad makanan seperti bijirin , gula-gula getah, kerepek, kentang, dan minyak sayur.
  • Propyl Gallate
Propyl Gallate juga merupakan diantara bahan pengawet yang dimasukkan  didalam makanan yang dibungkus didalam kemasan. Fungsinya sama seperti  BHA dan BHT, dan ia sering digunakan bersama-sama. Bahan-bahan ini banyak pada produk seperti daging olahan, gula-gula getah dan sebagainya.
  • Monosodium Glutamate.
Monosodium Glutamate (MSG) ini begitu sinonim sekali dalam masakan. Sering digunakan sebagai penyedap masakan, MSG mengandungi zat tambahan yang boleh membuatkan kita ketagihan terhadap makanan yang ditambahkan perisa ini.
Pada sesetengah orang pula, ( ini terpulang kepada individu, tak semua) ia boleh menimbulkan gejala alahan seperti sakit kepala dan mual. Untuk itu, kurangkanlah penggunaan MSG dalam masakan anda. Anda boleh gunakan bahan-bahan segar didalam hidangan makanan yang lazat tanpa menggunakan MSG nie.
Bahan pengawet ganggu fungsi jantung.
Garam dan  bahan kimia pengawet yang digunakan didalam daging olahan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50 peratus dan juga mengalakkan perkembangan diabetis.
Pengkaji, dari Amerika Syarikat mengatakan, garam dan bahan kimia pengawet didalam daging olahan akan menganggu kesihatan jika produk tersebut diambil banyak.
Didalam kajian yang dilakukan oleh para pengkaji di Amerika Syarikat mendapati, daging merah yang segar tidak tidak meningkatkan risiko penyakit.
Didalam kajian yang lain pula, pengkaji dari hardvard School of Public Health menganalisis kebiasaan mengambil daging. Hasilnya, bukan daging yang tidak sihat tetapi kandungan garam dan bahan kimia pengawet digunakan didalamnya boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya mendorong meningkatkan risiko gangguan sakit jantung.
Oleh yang demikian, marilah kita menjaga kesihatan kita lah ya. Sihat sebelum sakit.

2 comments: